Pelakon Leonardo Dicaprio sememangnya dikenali sebagai seorang lelaki yang kerap bertukar pasangan.

Dia yang baharu sahaja putus dengan Kelly Rohrbach dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa wanita muda termasuk penyanyi Rihanna.

Terbaharu, pelakon ini dirakam menikmati makan malam romantik dengan seorang gadis jelita.
Seperti dipetik Daily Mail, pasangan ini makan malam berdua tanpa kehadiran orang lain atau rakan-rakan terdekat.

Bagaimanapun menyedari tentang kehadiran kamera paparazi, dia bergegas masuk ke dalam kereta dan menutupi wajah.

Daripada sudut penampilan, gadis ini memang tidak jauh berbeza daripada bekas-bekas kekasihnya sebelum ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *