Anda di sini!
Utama > Temubual Ekslusif > Gadis “Berbisa” Viral Di FB

Gadis “Berbisa” Viral Di FB

Oleh : Fansyuri

Nurul Shakina Binti Mawardi seorang gadis yang baru berusia 21 tahun, tetapi kemahiranya bermain dengan reptilia berbisa mengagumkan ramai malah yang lebih berusia darinya juga belum tentu mempunyai kemahiran bermain dengan reptilia berbisa.

Ketika di tanya bagaimana boleh timbul minatnya terhadap reptilia berbisa ini beliau berkata: “minat ini timbul ketika beliau masih bersekolah menengah, pada mulanya beliau dan rakan-rakan hanya bermain dengan reptilia tidak berbisa seperti ular sawa yang bibawa oleh guru sekolahnya yang juga peminat reptilia, dari situlah timbul minat terhadap reptilia ini seperti cinta pandang pertama”,katanya kepada mhonline.

Bercerita lebih lanjut lagi tentang minatnya yang “pelik”, kata gadis yang berasal dari Perak ini : “saya belajar dengan beberapa orang guru untuk mengenali sifat-sifat ular ini, ular ini berbeza-beza mengikut jenisnya antaranya rusuk kerbau, mono, tedung selar dan sawa”.

“saya belajar dengan guru sama ada di Perlis tempat saya tinggal sekarang atau pun di Perak dengan orang yang berlainan untuk mengenali sifat-sifat ular ini, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan ketika mengendalikan ular-ular ini, bila kita kenal reptilia ini maka untuk mengendalikannya adalah lebih mudah”,jelasnya lagi.

Ketika ditanya tentang ibu bapanya “ibu bapa saya pada permulaan dulu adalah menghalang minat saya ini mungkin sebab berbahaya bermain dengan ular, tetapi lama kelamaan mereka faham akan minat saya terhadap reptilia berbisa”.

“ini sekadar minat sahaja, dan saya tidak pernah masuk pertandingan apa-apa, sekadar menghilangkan stress belajar boleh lah”,katanya yang juga membela lima ekor ular jenis tidak berbisa dan dua ekor lipan.

“Antara yang dalam jagaan saya adalah normal burmase, albino burmase , mangrove, cave racer dan whiteout snake serta dua ekor lipan giant vietnamese centipede dan tanzanian blue ring “, jelasnya menutup bicara.

Video beliau bermain ular berbisa “viral” di facebook sejak bulan lalu yang dianggap netizen seorang gadis yang pelik, dan ganas.

Mengenali anak gadis berusia 21 tahun ini beliau seorang yang lemah lembut walaupun minatnya bermain dengan reptilia berbisa.

Nasihatnya kepada orang ramai yang ingin bermain dengan reptilia mestilah belajar dan mengenali reptilia ini bagaimana sifatnya dan batas-batasnya, jangan bermain semberono takut-takut nanti lain pula jadinya.

dewi1

dewi2

dewi3

dewi5

 

 

Leave a Reply

Top