Anda di sini!
Utama > Hiburan > FINAS Berhasrat Bawa Filem Berunsur Kenegaraan Ke Peringkat Dunia

FINAS Berhasrat Bawa Filem Berunsur Kenegaraan Ke Peringkat Dunia

mh online

KUALA LUMPUR, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berhasrat menghasilkan lebih banyak filem berunsur kenegaraan demi menyemai semangat patriotik dan cintakan negara.

Ketua Pengarahnya Datuk Kamil Othman berkata filem sedemikian juga diharap dapat diketengahkan ke persada antarabangsa bagi menonjolkan keupayaan pengeluar filem tempatan bersaing di peringkat global.

“Ramai yang mempertikaikan hasrat kita (FINAS) untuk membawa filem kenegaraan ini ke peringkat antarabangsa yang bertaraf “Oscar”.

“Namun kita yakin hasrat itu mampu dicapai,” katanya ketika berucap pada Seminar dan Forum Filem Malaysia dalam Konteks Masyarakat Hari ini di Auditorium Content Malaysia Pitching Centre di sini hari ini.

Katanya, FINAS juga akan turut membantu memberikan dana kepada penggiat seni yang menghasilkan skrip berkualiti untuk difilemkan.

Turut hadir pengeluar filem tempatan antaranya Bernard Chauly, Sandosh Kesavan, Wong Tuck Cheong dan Tan Chui Mui.

Forum itu bertujuan menilai peranan dan sumbangan para karyawan filem dalam penghasilan seni filem kebangsaan dan merangka anjakan baharu dalam seni itu.

Ia juga untuk memberi galakan baharu kepada peranan serta sumbangan karyawan pelbagai kaum dalam membangunkan seni dan industri filem kebangsaan.

Leave a Reply

Top