Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Filipina Tidak Perlu Wang Amerika

Filipina Tidak Perlu Wang Amerika

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meminta agar Amerika Syarikat bersedia untuk memansuhkan perjanjian penghantaran tentera dan peralatan untuk latihan kelmarin dengan mengatakan ‘selamat tinggal Amerika, kami tidak perlukan wang anda’.

Menurutnya, Amerika Syarikat perlu bersedia untuk pemansuhan atau pembatalan Perjanjian Angkatan Pelawat (VFA) yang ditandatangani pada tahun 1998.

“Kami tidak memerlukan anda oleh itu bersedia untuk tinggalkan Filipina serta pemansuhan atau pembatalan VFA,” katanya dalam sidang media selepas tiba dari lawatan ke Kemboja dan Singapura.

VFA memberikan status undang-undang kepada beribu-ribu rakyat Amerika Syarikat yang berada di negara itu dan diberikan latihan ketenteraan dan terlibat dalam operasi bantuan kemanusiaan.

Duterte dipercayai mengambil langkah tersebut berikutan pentadbiran Amerika Syarikat yang mengkritik beliau di atas laporan mengenai pembunuhan tambahan di dalam kempennya menentang dadah baru-baru ini.

Beliau juga jelas kelihatan kecewa dan melepaskan kemarahannya terhadap Washington kerana keputusan oleh Lembaga Millenium Challenge Corp (MCC) untuk menangguhkan mengundi  di Manila mengenai isu pembangunan padat dan hak asasi manusia.

Bagaimanapun,  Duterte merasakan hubungan kedua negara tersebut masih boleh dipertingkatkan dengan penguasaan Donald Trump.

“Saya suka mulut anda (Trump) ia seperti saya. Ya Encik Presiden, kita adalah serupa bak kata pepatah, enggang bersama enggang, pipit bersama pipit,” katanya

Leave a Reply

Top