Anda di sini!
Utama > Hiburan > Festival K-Pop Pertama Bakal Berlangsung Di Perancis Pada Jun

Festival K-Pop Pertama Bakal Berlangsung Di Perancis Pada Jun

Festival K-Pop terbesar di dunia bakal diadakan di Perancis pada Jun sekaligus menjadikan negara itu negara Eropah pertama muncul sebagai tuan rumah, lapor agensi berita Korea Yonhap.

Menurut CJ E&M agensi di bawah Kumpulan CJ iaitu syarikat hiburan terkemuka di Korea Selatan, festival KCON 2016 akan diadakan di Hotel Accor, Paris pada 2 Jun.

Kemudian pada 24 hingga 25 Jun pula festival bakal berlangsung di New Jersey sebelum ke Los Angeles pada 29 hingga 31 Julai bertempat di Pusat Konvensyen Los Angeles dan Pusat Staples.

“Kami menganjurkan KCON di pasaran seperti Eropah dan Timur Tengah serta di pasaran hiburan nombor satu dan dua dunia iaitu Amerika Syarikat dan Jepun,” kata Shin Hyung-gwan dari CJ E&M yang bertanggungjawab menguruskan festival itu.

“Kami juga akan mencuba sebaik mungkin membantu industri lain seperti pembuatan, penjagaan kesihatan dan pendidikan untuk sama-sama berkembang dengan kebudayaan selain memantapkan kedudukan kebudayaan sebagai kunci utama jentera pertumbuhan bagi Korea Selatan.”

Leave a Reply

Top