Anda di sini!
Utama > Kolumnis > Fenomena Pink DSV !

Fenomena Pink DSV !

mh online

Oleh: Fansyuri

Pengasas Produk kosmetik Qu Puteh Dato’Seri Hasmiza Othman atau lebih mesra disapa sebagai Dr Vida telah menjadi fenomena kebelakangan ini sejak Gegar Vaganza yang lalu sehinggalah yang terbaru beliau menaja Pasukan Gergasi Pantai Timur TRW.

Dengan Syarat Utamanya TRW mesti dijenamakan sebagai PQP TRW (Pamoga Qu Puteh The Red Warrior) dan Stadium berwarna Pink, pada awalnya ramai yang mengkritik beliau kerana syaratnya itu tetapi setelah diterangkan rasional disebalik syaratnya peminat bola sepak Kelantan mula reda dan menerima syarat Dr vida.

Setiap hari beliau muncul di dada-dada akhbar utama dan juga media elektronik,mungkin ada yang tidak selesa tetapi beliau berjaya mencipta fenomena nya sendiri.

Siapa sangka seorang wanita anak kampung, dari Machang ini berjaya menjadikan lelaki ” tunduk ” dengannya untuk menjadi femenin dengan syarat pinknya,lihat saja beliau berjaya menundukkan keegoan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa serta seluruh pimpinan dan pemain bola sepak kelantan untuk memakai baju berwarna pink sambil dua jari di pipi “tangline Qu Puteh” ketika majlis menanda tangani perjanjian penajaan di bangunan Mara Jalan Raja Laut tempoh hari.

Malah, saya terkejut pada malam pertama Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya, beliau masuk ke panggung sari istana budaya sambil di iringi oleh Tan Sri Annuar Musa dan para pemain bola sepak kelantan yang hampir kesemuanya memakai pink, riuh juga Istana Budaya malam itu dibuatnya. Itulah Dr Vida seorang wanita yang penuh dengan kejutan.

Jadi tidak hairanlah saya jika ada yang iri hati dengan kejayaan wanita besi ini, tiba-tiba meletup kisah produk Qu Puteh yang diarah ditarik balik oleh KKM kerana mengandungi mercuri (Qu Puteh pro 9 dan Krim Muka) tetapi produk lain Qu Puteh masih boleh digunakan. Selepas lima minit KKM keluarkan statement itu saya terus menghubungi beliau untuk mendapatkan maklum balas dan beliau berkata dua produk itu akan ditarik balik dari pasaran dan pengguna masih boleh menggunakan Qu Puteh Set Advanced kerana produk-produk lain masih selamat digunakan.

Banyak lagi produk-produk lain dipasaran yang tidak mengikut syarat tetapi kenapa hanya produk syarikat beliau seorang sahaja yang diberikan liputan sebegitu rupa seolah-olah ada perancangan mahu membunuh perniagaan melayu dan bumiputera. Sebelum ini KKM kata mereka hanya bertindak berdasarkan aduan pengguna,untuk kes ini KKM bertindak berdasarkan aduan seorang pengguna saja dan berpuluh ribu pengguna lain menggukan produk ini tetapi tiada aduan, takkanlah hanya aduan seorang yang belum tentu benar KKM terus mengeluarkan kenyataan, sepatutnya KKM siasat dahulu dan paling tidak panggil pemilik syarikat untuk memberi penjelasan dahulu.

Jutawan kosmetik Dr Rozmey juga pernah menerima nasib yang sama, malah pernah menerima ugutan bunuh dari pesaingnya dan produknya juga terpaksa diharamkan kerana ketidak adilan KKM menjalankan tugas, sepatutnya KKM perangi semua bukan kes-kes terpilih sahaja.

Saya amat bersimpati dengan Dr Vida dan berharap beliau kuat semangat serta meneruskan langkah berani beliau, malah tidak keterlaluan saya katakan ramai yang “terinspirasi” dengan kejayaan beliau termasuklah saya, sesungguhnya apa yang berlaku ini adalah halangan kecil untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi ujian ini.

Leave a Reply

Top