Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > FELCRA Akan Bina 150 Unit Rumah Bina Negara

FELCRA Akan Bina 150 Unit Rumah Bina Negara

KUALA KANGSAR, Felcra Berhad (Felcra) akan membina sebanyak 150 unit Rumah Bina Negara (RBN) di sini khusus untuk pesertanya sebagai antara usaha membantu mereka memiliki kediaman.

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Zulkarnain Md Eusope berkata projek itu akan dimulakan sebaik sahaja tapak sesuai telah dikenal pasti selain mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa kerajaan negeri.

“Sebanyak RM100 juta diperuntukkan setiap tahun untuk projek ini di seluruh negara dan setiap unit rumah dijual pada harga RM75,000,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Parlimen Kuala Kangsar di sini semalam

Leave a Reply

Top