KUALA LUMPUR, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sudah memberi pinjaman sebanyak RM2.05 juta kepada 63 Agropreneur Muda MyAgrosis.

Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin, berkata MyAgrosis menyasarkan golongan muda berusia bawah 40 tahun untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan pertanian.

Katanya, FAMA akan memberi pinjaman sehingga RM5,000 sebagai modal untuk memulakan perniagaan.

“Program ini menggalakkan lebih ramai siswazah Bumiputera Program MyAgrosis membabitkan diri dalam sektor pertanian moden bagi menyokong industri pasar tani di negara ini.

“Sehingga Julai 2017, jumlah usahawan muda yang berdaftar menerusi MyAgrosis ialah seramai 643 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Keusahawan Chillax Myagrosis dan Mybest Buy Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta perasmian Kelab MyAgrosis UniKL, di sini, hari ini.

Badruddin berkata, program itu diperkenalkan bagi memberi mengenai bidang pertanian kepada generasi muda supaya menjadikan perniagaan pertanian sebagai pilihan kerjaya.

Katanya, program itu dapat menyuntik kemahiran berniaga dalam kalangan siswazah supaya tidak hanya tertumpu kepada pekerjaan makan gaji.

“Kita mahu mengasah pemikiran siswazah agar menceburi bidang keusahawanan yang dapat membantu mereka mencari peluang alternatif,” katanya.

Beliau berkata, Kelab MyAgrosis yang diperkenalkan di institusi pendidikan tinggi melatih mahasiswa menjadi usahawan dalam bidang pertanian dan industri asas tani.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *