Penyanyi Faizal Tahir menyangkal akan kembali kepada genre nasyid atau lagu-lagu ke arah ketuhanan selepas kejayaan lagu hitnya Asalamualaikum.

Sebaliknya, Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 38, berkata, dia bakal keluar dengan album genre rock & roll berjudul Anatomi yang turut menyelitkan tentang perempuan dan cinta.

“Selepas lagu Assalamualaikum orang jangka saya akan ke arah nasyid, terutama selepas saya menyertai pelbagai aktiviti amal dan program keagamaan sejak kebelakangan ini.

“Tapi sebenarnya tidak, saya masih dengan genre rock dan bakal keluar dengan album baharu dalam masa terdekat ini berjudul Anatomi yang mana ada menceritakan tentang wanita dan cinta,” ujarnya.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia tidak mahu membataskan karya muzik yang dihasilkan kepada sesuatu genre sahaja.

Tambahnya, album Anatomi ini juga antara album yang paling teruja untuk dihasilkan dan berharap ia dapat diterima umum.

“Saya tidak sabar untuk lancarkan album ini yang memuatkan 10 buah lagu baharu termasuk lagu Assalamualaikum dan Sayang.

“Dalam album ini akan memuatkan tiga versi lagu Assalamualaikum iaitu versi radio, akustik dan Anugerah Juala Lagu,” ujarnya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *