Share on Facebook

Everton memberi keutamaan terhadap pertembungan tetangga Merseyside melawan Liverpool, Ahad ini berbanding perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Europa yang berlangsung lebih awal.

Kelab Inggeris itu dijadual bertemu kelab Cyprus, Apollon Limassol pada awal pagi Jumaat ini dan mereka akan menyenaraikan skuad kedua, kata pengurus, Sam Allardyce.

Everton yang menghuni tangga tercorot Liga Europa dan tidak mampu layak ke peringkat kalah mati ketika ini dihimpit beberapa masalah kecederaan dan Allardyce enggan lagi untuk ‘memperjudikan’ kecergasan pemainnya.

“Ia tidak membawa sebarang makna lagi,” kata Allardyce kepada media British.

“Saya mahu memberitahu kepada peminat yang jika kamu mahu menghabiskan duit dan melihat perlawanan kami, perlu diingat yang saya akan menghantar pasukan yang tidak memberikan risiko kepada begitu ramai pemain yang akan terbabit untuk perlawanan dengan Liverpool.

“Ia pastinya kerja bodoh bagi saya untuk menimbang yang akan ada pemain akan tercedera ketika perlawanan itu dan tidak boleh menurunkannya selepas itu.

“Saya sudah berdepan begitu banyak masalah kecederaan setakat ini.”

Everton mendaki tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris selepas menang dua perlawanan terakhir dan berharap dapat menewaskan kelab di tangga keempat, Liverpool buat pertama kali sejak 2010. – Reuters

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *