Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berjaya mengumpulkan ratusan ribu penyokong dalam satu perhimpunan besar-besaran di sini, beberapa hari sebelum referendum bagi menentukan nasib kuasanya.

Jika diterima, perubahan Perlembagaan yang dicadangkan dalam referendum 16 April depan, akan mengubah Turki daripada sistem Parlimen kepada Presiden Eksekutif, sekali gus meluaskan lagi kuasanya sebagai presiden.

“Pada ketika ini, tidak cukup bagi kita untuk menerima pakai perubahan Perlembagaan. Kita mempunyai tanggungjawab yang besar.

“Istanbul perlu mengatakan ya, supaya supaya semua orang yang ada niat buruk dengan Turki akan gentar,” katanya kepada penyokongnya.

Erdogan dan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) berkata, sistem baharu tersebut akan menjadikan Turki lebih cekap dan stabil. – al Jazeera

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *