Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > EPIC Teruskan CSR Back To School

EPIC Teruskan CSR Back To School

Oleh : Zabidi Saidi

KUALA TERENGGANU, EPIC Berhad meneruskan program Back To School dua hari berturut-turut. Semalam program tersebut diadakan di Mesra Mall, Kemasik, Kemaman untuk 40 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Chukai dan Sekolah Kebangsaan Seri Iman.

Hari ini program yang sama diadakan di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Nerus untuk 40 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Seberang Takir dan Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal.

Semalam Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Wan Shukri Mohamad mewakili Ketua Pegawai Eksekutif EPIC Berhad, Nur Fadzil Mohd Nor merasmikan program tersebut di Mesra Mall. Hari ini beliau diwakili oleh Rusdi Ngah, Pengurus Besar Pentadbiran dan Sumber Manusia EPIC Berhad merasmikan program  berkenaan di Taman Tamaddun Islam.

En Rusdi Ngah Pengurus Besar Pentadbiran EPIC Berhad, Mewakili CEO EPIC Menyampaikan Sumbangan Kepada Pelajar Di Taman Tamadun Islam Hari Ini.

Hari ini mereka menerima baucer untuk membeli kelengkapan sekolah di sebuah pusat beli belah di Kuala Terengganu. Pada masa yang sama 40 orang pelajar itu turut diberi peluang menonton wayang Jumanji di pusat beli belah tersebut.

Keriangan terserlah pada wajah 40 orang pelajar tersebut yang turut berpeluang menjejak kaki di Taman Tamaddun Islam buat kali pertama. Mereka yang terdiri dari para pelajar tahun satu hingga tahun empat bersyukur menerima sumbangan dari EPIC Berhad yang menurut Rusdi Ngah sebanyak RM45,000 telah diperuntukkan  oleh EPIC Berhad untuk bantuan sekolah termasuk pakaian, kasut dan alat kelengkapan sekolah sebagai sumbangan CSR EPIC Berhad kepada masyarakat yang kurang bernasib baik

Leave a Reply

Top