Anda di sini!
Utama > Terkini > Enam Pusat Pemindahan Tempatkan 245 Mangsa Banjir Di Sarawak Pagi Ini

Enam Pusat Pemindahan Tempatkan 245 Mangsa Banjir Di Sarawak Pagi Ini

mh online

Seramai 245 mangsa banjir daripada 52 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan di Bahagian Kuching dan Samarahan setakat 8 pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata di Bahagian Kuching, Balai Raya Kampung Paon di Sematan menempatkan 60 mangsa; Surau Nurul Huda di Lundu (13 orang); Dewan Masyarakat Kampung Jangkar di Lundu (43 orang) dan Pusat Gerakan PBB Ranting Desa Wira (40 orang).

“Di Bahagian Samarahan pula, pusat pemindahan Dewan Suarah Samarahan menempatkan 80 orang mangsa dan pusat pemindahan Nurul Hadhari menempatkan sembilan orang mangsa,” katanya ketika dihubungi”.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top