Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Empat Terbunuh Dalam Rempuhan Di Stadium

Empat Terbunuh Dalam Rempuhan Di Stadium

HONDURAS, Sekurang-kurangnya empat terbunuh, manakala 25 yang lain cedera selepas ribuan peminat bola sepak merempuh masuk stadium untuk menonton perlawanan apabila polis melepaskan gas pemedih mata, kelmarin.

Jurucakap  Hospital Universiti Perguruan, Miguel Osorio berkata, mangsa meninggal dunia akibat lemas dan patah tulang kerana dipijak.

“Seorang bayi dalam kandungan turut maut selepas ibunya cedera parah disebabkan rempuhan,” katanya.

Rempuhan di Pintu 11 Stadium Nasional Honduras berlaku sebaik peminat berasak untuk perlawanan Motagua dan Honduras Progreso.

Stadium berkenaan berkapasiti 30,000 telah penuh dan ribuan peminat gagal mendapatkan tiket bertindak merempuh pintu pagar. – AP

Leave a Reply

Top