Syarikat penerbangan Emirates menambah empat lagi pesawat dua tingkat Airbus A380 dalam usaha menampung pertambahan penumpang.

Pengurus Negara bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Andrew Bunn, berkata penambahan pesawat terbaharunya itu menjadikan jumlah keseluruhan pesawat A380 miliknya sebanyak 100 unit.

Beliau berkata, Emirates juga telah membuat tempahan bagi lebih 43 buah pesawat Airbus A380, selain akan memperluaskan rangkaiannya.

“Syarikat berbangga kerana menjadi antara pengendali A380 terbesar dunia.

“Sebagai syarikat penerbangan pertama dan satu-satunya di dunia yang mempunyai angkatan semua pesawat Airbus A380 dan Boeing 777, kami menawarkan bukan saja perkhidmatan moden dan cekap, tetapi juga keselesaan kepada penumpang.

“Pesawat A380 kami sudah menerbangkan 80 juta penumpang ke destinasi mereka sejak 2008 menerusi pangkalan di Dubai.

“Ini adalah bukti kukuh perkhidmatan kami di peringkat global,” katanya pada sidang media mengenai kerjasama antara Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) serta Emirates, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MATTA, Phua Tai Neng dan Ahli Jawatankuasa Pemantau Pameran MATTA, Datuk Hamzah Rahmat,

Bunn berkata, pihaknya merancang meningkatkan kapasiti pelancong ke Dubai dan menjadikannya antara 10 destinasi pelancongan antarabangsa pilihan utama rakyat Malaysia.

Beliau berkata, ketika ini, Dubai hanya dijadikan sebagai persinggahan sementara bagi penumpang dari Malaysia sebelum menuju ke destinasi lain.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *