Anda di sini!
Utama > Sukan > Elemen Kesihatan Dan Kecantikan Diterap Dalam Penghasilan Jersi

Elemen Kesihatan Dan Kecantikan Diterap Dalam Penghasilan Jersi

mh online

Pengasas Vida Beuty Dato’Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Vida, bakal melancarkan jersi PQPTRW (Pamoga Qu Puteh The Red Warriors) di Kota Bharu pada Khamis ini.

Beliau ketika dihubungi berkata, jersi itu akan dilancarkan secara eksklusif sebanyak 20,000 helai sahaja untuk permulaan, jersi ini terdapat juga versi lengan panjang bagi wanita muslimah.

“jersi ini bukan sahaja sekadar berwarna pink, malah elemen kesihatan dan kecantikan turut digabungkan bersama.”katanya.

“Pemilihan benang yang “develops functions” turut melancarkan perjalanan darah pemakai dan boleh membakar lemak.”tambahnya ketika ditemui di Shah Alam petang tadi.

Jersi ini antara yang pertama di Malaysia dan tidak ada lagi mana-mana pasukan yang memakainya walaupun jenama antarabangsa.

Dr Vida yang juga Penaung Kehormat Kafa, dijadualkan akan berada di Kota Bharu pada Khamis untuk pelancaran jersi, pada 16 februari pula bakal diadakan perarakan kenderaan berhias yang menyediakan hadiah keseluruhan berjumlah RM 30,000.

Ada kejutan buat peminat-peminat PQPTRW pada hari tersebut, nantikan kemunculan jersi pasukan yang bakal menggegarkan Kota Bharu Khamis ini.

Leave a Reply

Top