Anda di sini!
Utama > Terkini > Ekonomi Perniagaan Berdaya Tahan Penting Untuk Kestabilan

Ekonomi Perniagaan Berdaya Tahan Penting Untuk Kestabilan

mh online

Membangunkan ekonomi dan perniagaan yang berdaya tahan tinggi sangat penting dalam mengekalkan kestabilan dan mempromosi pertumbuhan ekuiti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tiada siapa antara kita yang mampu melindungi sepenuhnya daripada menempuh ragam dan ketidaktentuan pasaran yang kerap berubah serta penyusutan mata wang.

“Oleh itu, penting untuk kita membangunkan ekonomi dan perniagaan yang berdaya tahan yang tinggi supaya kita dapat memulihara kestabilan dan mempromosi pertumbuhan yang saksama,” katanya dalam ucaptama pada perasmiam Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) kali ke-11 di sini hari ini.

Najib ialah Penaung Yayasan WIEF, dan forum itu kini kembali berlangsung di negara itu sejak diasaskan pada 2005.

Beliau berkata tema ‘Membangunkan Daya Tahan untuk Pertumbuhan Saksama’ sangat bertepatan berdasarkan cabaran yang diharungi oleh ekonomi dunia.

Forum tiga hari itu menyaksikan sejumlah 3,069 peserta yang terdiri daripada pemimpin global, menteri, penceramah, perwakilan, peserta pameran serta artis dari 98 negara di lima benua, berhimpun di Kuala Lumpur.

Najib berkata peserta perlu menangani ketidakdilan dalam pengagihan kekayaan, dalam negara dan sesama negara, bagi melindungi kestabilan sosial serta menggalakkan agenda keterangkum, keadilan dan kemakmuran global.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top