Share on Facebook

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan gencatan senjata sepihak dengan pemberontak berhaluan kiri mulai 24 Dis hingga 2 Jan tahun depan, sempena musim cuti, kata jurucakap presiden pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

“Gencatan senjata sepihak itu akan mengurangkan kebimbangan rakyat pada cuti sempena Krismas. Kami mengharapkan CPP-NPA-NDF akan mengambil pendekatan muhibah yang sama,” kata Jurucakap Presiden Harry Roque dalam satu kenyataan, merujuk kepada Parti Komunis Filipina (CPP), sayap tentera Tentera Rakyat Baru (NPA), dan Barisan Demokratik Kebangsaan Filipina (NDF).

“Sempena perayaan itu, kami berharap semua rakyat akan bersama-sama sebagai satu negara dan bercita-cita untuk mencapai keamanan di Filipina,” kata Roque.

Pentadbiran Duterte pada November memutuskan untuk membatalkan rundingan damai dengan pemberontak berhaluan kiri di negara itu.

Pemberontak berhaluan kiri mula wujud sejak 1969 dan pada masa ini, tentera menganggarkan jumlah pemberontak bersenjata kira-kira 4,000 orang.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *