Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memaklumkan beliau membatalkan rundingan damai dengan pemberontak komunis, Tentera Rakyat Baharu (NPA) yang dijadualkan pada bulan ini.

“Saya belum bersedia untuk menyambung rundingan di Norway,” katanya yang akan turut memanggil pulang delegasi kerajaan.

Jelasnya, keputusan itu dibuat kerana menyifatkan permintaan NPA untuk membebaskan 400 tahanan politik adalah ‘berlebihan’.

“Saya telah cuba segala-galanya termasuk melepaskan pemimpin mereka supaya mereka boleh menyertai rundingan damai di Oslo tersebut,” menurutnya lagi.

Difahamkan, perkara itu diumumkan berikutan kedua-dua belah pihak menarik diri daripada gencatan senjata yang berkuatkuasa selama enam bulan selepas pertempuran baharu tercetus.

Minggu lalu, proses rundingan di Itali yang bertujuan untuk mencapai gencatan senjata gagal mencapai kata sepakat selepas pemberontak komunis menuntut pembebasan 400 tahanan politik termasuk seorang lelaki yang pernah membunuh pegawai tentera Amerika Syarikat pada 1989.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *