Presiden Filipina, Rodrigo Duterte membatalkan lawatan yang dirancang ke sebuah pulau dituntut Manila di Laut China Selatan, selepas China memberi amaran tentang lawatan berkenaan.

“Disebabkan persahabatan kami dengan Beijing dan kerana kami menghargai hubungan ini, saya tidak akan ke sana untuk mengebarkan bendera Filipina.

“China ingatkan saya supaya jangan ke sana. Saya akan betulkan diri sendiri kerana sangat menghargai persahabatan dua negara ini. Saya mungkin akan menghantar anak lelai saya ke pulau itu,” katanya dalam satu ucapan di hadapan rakyat Filipina di Riyadh, kelmarin.

Beliau berkata, Beijing memberi amaran kemungkinan timbul masalah jika setiap ketua negara pihak lawan melawat pulau yang menjadi pertikaian dan meletakkan bendera negara masing-masing.

Minggu lalu, Duterte  mengumumkan rancangan mengibarkan bendera negara itu di rangkaian Kepulauan Spratly. – The Guardian

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *