Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > VIDA BEAUTY HENTI PENGELUARAN DUA PRODUK QU PUTEH

VIDA BEAUTY HENTI PENGELUARAN DUA PRODUK QU PUTEH

mh online

image

Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menarik balik dua produk keluaran syarikatnya, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block di pasaran Malaysia dan Brunei buat sementara waktu berkuatkuasa pada Jumaat.

Perkara itu diputuskan Hasmiza atau Vida dalam satu sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) di sebuah hotel dekat sini Jumaat.

“Kita akan hentikan keluaran dua produk ini berkuatkuasa serta merta buat sementara waktu.

“Ini bagi membolehkan kita melakukan penelitian terperinci terhadap dua produk tersebut,” katanya.

Justeru beliau memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk kecantikan dan kesihatan yang lain seperti Pamoga, Qu Puteh Advance Set dan Millenia masih selamat untuk digunakan.

“Walaupun dua produk tersebut dihentikan buat sementara waktu, saya yakin produk lain masih selamat untuk digunakan.

“Oleh itu, pengguna jangan ragu dan panik terhadap isu tersebut. Apa yang penting kami mementingkan kesihatan pengguna,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengesahkan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Leave a Reply

Top