Anda di sini!
Utama > Sukan > DSV Hadir Ke Stadium Bersama Rombongan Menaiki Bas

DSV Hadir Ke Stadium Bersama Rombongan Menaiki Bas

mh online

Penaung Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Dato’Seri Hasmiza Othman atau Dato Vida, malam ini hadir ke Stadium Ipoh untuk bersama-sama pasukan PQPTRW dengan menaiki bas bersama rombongannya, malah lebih mengejutkan beliau turut berada di bangku pemain simpanan untuk sama-sama memberi semangat kepada anak-anaknya (pemain).

Sebelum ini, Dato Vida turut meminta Kafa untuk melantik beliau sebagai pengurus eksekutif, bagi membolehkan beliau turut berada bersama-sama pemain, namun Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan menjelaskan, sebagai pengurus pasukan perlu bersama pasukan secara sepenuh masa.

Dalam perlawanan sengit malam ini perlawanan berkesudahan seri 0-0 dengan kedua-dua pasukan buntu memburu gol, perlawan tampak sedikit perlahan dengan kelantan sekali sekala membuat serangan pantas, namun pertahanan perak terlalu kental untuk ditembusi.

Banyak tugasan yang perlu dilakukan oleh K.Devan untuk membaiki segala kelemahan pasukan sebelum berhadapan dengan PDRM selasa ini.

Leave a Reply

Top