Anda di sini!
Utama > Belia > DSV Selar Kenyataan NUTP

DSV Selar Kenyataan NUTP

mh online

Usahawan terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman atau mesra di sapa Datuk Vida,hari ini menyelar kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menuduh beliau cuba mempromosi produknya di sekolah, Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

image

Sebaliknya, Vida menegaskan beliau tidak berhasrat untuk menjadikan sekolah sebagai medan untuk mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan keluaran syarikatnya.

“Sekolah bukan medan untuk saya promosikan produk yang saya jual. Saya sudah ada 500 outlet yang memasarkan produk saya. Saya juga gunakan iklan di televisyen untuk mempromosikan produk tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang meminta jutawan kosmetik itu untuk tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Kamil 1 di Pasir Puteh, Kelantan.

Menurut Vida, sebagai seorang bekas guru beliau mengetahui had dan batasan semasa berada di sekolah.

“Saya pun pernah bergelar guru suatu ketika dahulu, jadi saya tahu ada peraturan yang perlu saya patuhi apabila melibatkan sebarang aktiviti di sekolah.

“Daripada ribuan jemputan yang diterima, saya terpanggil untuk datang ke sekolah ini. Secara kebetulan saya berada di Kelantan, jadi saya cuba memenuhi permintaan itu tapi tak sangka ia dijadikan isu,” katanya.

Jelas usahawan wanita dari Machang itu, beliau terpanggil untuk memberi suntikan motivasi kepada murid-murid di sekolah tersebut supaya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

“Saya dulu pun seorang murid, anak yatim piatu yang sentiasa berusaha keras untuk berjaya seperti hari ini. Jadi tidak salah jika saya beri semangat kepada mereka untuk maju jaya dalam kehidupan,” katanya.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Vida berkata beliau mengambil keputusan untuk tidak hadir pada mesyuarat tersebut.

“Kalau dah timbul isu sebegini, nampaknya saya terpaksa lupakan jemputan tersebut. Saya tak nak perkara ini diperbesar-besarkan,” katanya.

Vida berkata beliau lebih selesa membawa bersama ‘pasukannya’ iaitu kakitangan syarikat dalam apa jua aktiviti yang dihadirinya.

“Saya tidak akan bergerak sendirian. Ke mana sahaja saya pergi, saya akan bawa bersama pasukan saya. Ini memang cara saya,” katanya.

Jadi sangat tidak adil untuk menuduh Datuk Vida cuba menjadikan sekolah sebagai medan mempromosi produknya, beliau sudah ada platform yang cukup untuk memasarkan produknya dan sekolah bukan tempatnya.

Diharap Presiden NUTP dapat memohon maaf kepada Datuk Vida secara terbuka, seperti mana kenyataanya yang di keluarkan oleh akhbar yang juga anti kepada rakyat Kelantan

Leave a Reply

Top