Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > DSV Sedia Bantu Pulihkan Linda

DSV Sedia Bantu Pulihkan Linda

mh online

Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida bersedia membantu mangsa simbahan asid enam tahun lalu, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizam, 14, bagi memulihkan kembali wajahnya.

Menurutnya, beliau bersimpati dengan nasib Linda yang disifatkan cukup tabah dalam mengharungi dugaan paling hebat dalam hidupnya itu.

“Saya sangat bersimpati dengan nasib menimpa adik Linda, semoga dia terus tabah dalam mengharungi kesakitan dan dugaan diejek rakan-rakan dan sebagainya.

“Bila tengok keadaan Linda, saya rasa, saya perlu lakukan sesuatu untuk bantu kembalikan semula keyakinan gadis ini demi masa depannya,” katanya kepada media di sini, semalam.

Dr Vida berkata, beliau juga akan membantu adik lelaki Linda yang turut terkena simbahan asid berkenaan.

“Ada sesuatu yang boleh diusahakan dalam membantu kedua-dua adik beradik ini, doakan agar usaha ini berjaya, saya akan fikirkan sesuatu untuk memulihkan Linda seperti biasa,” katanya.

Beliau yang juga Penasihat Kehormat Kafa mengakui tidak mengetahui kisah Linda dan keluarganya sebelum ini dan berusaha mendapatkan maklumat mengenainya.

“Saya tidak tahu kisah ini dan saya sendiri mencari latar belakang Linda dan maklumat mengenai nasib malang menimpanya, masyarakat di luar sana cukup bersyukur tidak diuji dengan perkara sebegini,” katanya.

Dr Vida berkata, beberapa produknya termasuk Pamoga mampu membantu menyelesaikan masalah dihadapi Linda.

“Banyak produk saya boleh membantu menghidupkan sel, menyembuh dan mengeringkan luka, dan juga boleh memutihkan kulit,” malah kandungan yang ada di dalam gamat juga boleh membantu menutup kesan luka,” katanya.

 

Leave a Reply

Top