Anda di sini!
Utama > Sukan > Dsv mahu Annuar Kekal Sebagai Presiden

Dsv mahu Annuar Kekal Sebagai Presiden

mh online

Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Seri Dr Hasmiza Othman meminta Tan Sri Annuar Musa untuk terus mempertahankan jawatannya sebagai presiden badan induk bola sepak negeri itu.

image

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, Annuar sepatutnya kekal menerajui Kafa kerana beliau mempunyai pengalaman luas bersama pasukan itu dan lebih mengetahui selok-belok pentadbiran bola sepak.

“Saya amat menghargai cadangan tersebut tapi saya rasakan Tan Sri (Annuar) lebih layak untuk jawatan tersebut. Lagipun beliau menerajui Kafa dalam tempoh yang agak lama dan pasukan The Red Warriors (TRW) dan Annuar Musa dah sebati, sesuatu pertukaran yang besar akan memberikan kesan kepada pasukan.

“Pendek kata beliau lebih arif tentang selok-belok pengurusan Kafa, bermula daripada pemilihan skuad utama sehinggalah ke pemain import. Saya percaya khidmatnya masih lagi diperlukan dalam pasukan,” katanya.

Menurut Vida, beliau masih belum bersedia dan merasakan masih terlalu awal untuk dirinya menggalas tanggungjawab besar itu.

“Saya rasakan terlalu awal untuk dicalonkan. Saya baharu sahaja menjadi penaja pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) pada musim ini dan pasukan pun baharu sahaja mengharungi dua perlawanan.

“Banyak perkara yang perlu saya pelajari lagi. Lagipun saya mempunyai banyak komitmen lain, saya ada perniagaan yang perlu diuruskan begitu juga sibuk dengan beberapa program hiburan,” katanya.

Malah, Vida mengakui beliau lebih selesa memegang jawatan sebagai Penasihat Kehormat Kafa yang disifatkan satu penghormatan besar kepada dirinya.

“Saya hargai cadangan itu tetapi biarlah saya kekal dengan jawatan sedia ada. Walaupun hanya Penasihat Kafa, saya boleh mengeluarkan kenyataan berkaitan pasukan. Jawatan ini pun satu penghargaan tertinggi kepada diri saya yang masih baharu dalam bidang sukan,” katanya.

Leave a Reply

Top