Anda di sini!
Utama > Sukan > DSV LANCAR JERSI PENUH VARIASI

DSV LANCAR JERSI PENUH VARIASI

mh online

Pasukan PQPTRW, telah secara rasminya melancarkan jersi pelbagai variasi Pasukan PQPTRW di Kelantan Trade Centre (KTC) petang tadi.

Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan(KAFA), Dato’Seri Hasmiza Binti Othman atau lebih mesra dipanggil Dr Vida ditemani suaminya dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa tiba kira-kira jam 3.30 petang.

Jersi yang direka khas seperti yang dikehendaki penaja utamanya, Dr Vida menampilkan lima rekaan termasuk untuk penjaga gol dengan tiga edisi iaitu ‘Supra Player’, Millenia dan Mantera.

Jersi berkualiti tinggi iaitu edisi ‘Supra Player’ dijual pada harga RM168 sehelai, Millenia berharga RM98 manakala Mantera pula pada serendah RM68.

Harga ketiga-tiga edisi jersi tersebut hanya dibezakan dengan kualiti fabrik tetapi masih dilengkapi teknologi anti bakteria dan pelindung UV.

Namun, jersi yang dikhaskan kepada penyokong hanya boleh dibuat ‘pre-oder’ bermula hari ini, jersi yang dilancarkan petang ini hanya dikhaskan kepada edisi ‘Supra Player’ sahaja yang lain-lain akan tiba dalam sedikit masa lagi.

Tan Sri Annuar Musa, dalam sidang medianya menjelaskan bahawa beliau gembira dengan publisiti yang diraih pasukan sejak Dr Vida bersetuju menaja PQPTRW, “publisiti yang diraih pasukan TRW sejak Dr Vida menjadi penaja mengalahkan Pasukan Manchester United”,katanya dalam nada bergurau .

Ketika ditanya berkenaan hutang lama KAFA dengan bekas pemain, beliau menjelaskan “tidak benar KAFA berhutang sebanyak RM400 ribu, yang sebenarnya KAFA terhutang dengan pemain sebanyak RM2 juta lebih, berita yang melaporkan KAFA berhutang dengan lima pemain juga tidak benar, sebenarnya KAFA berhutang dengan 30 pemain, dua bulan gaji setiap seorang”,tambahnya lagi.

“namun saya telah jelaskan perkara ini akan diselesaikan selepas KAFA terima wang tajaan dari penaja”, katanya.

Leave a Reply

Top