mh online

Email Kiriman Pembaca
Pakdo Nawi
5.30 Petang

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net), Mahizi Mahmood berkata teguran Penaung Kehormat KAFA terhadap pasukan adalah wajar tetapi tidak perlu melalui media massa,mengikut laporan sebuah portal pro pembangkang.

Rasa saya Datuk Vida sudah menggunakan saluran yang ada dengan menghubungi K.Devan selepas berakhirnya perlawanan antara PQP-TRW dan UKM FC tempoh hari, yang menyaksikan PQP-TRW menang tipis 1-0 keatas pelajar UKM yang hanya bermain bermain di Liga FAM.

Kepada saya yang bukanlah Presiden kelab penyokong ini melihat sendiri sejak dari perlawanan pra musim gaya permainan dibawah K.Devan masih tidak berubah permainan nampak lesu tidak ada ramuan istimewa yang dibawa oleh K.Devan.

Jika permainan seperti inilah yang ditunjukkan oleh para pemain dan jurulatih tidak mustahil pasukan akan tersingkir dalam pusingan ke tiga Piala FA menentang Kedah nanti, agak sukar juga untuk mencabar kedudukan empat teratas Liga Super untuk musim ini jika inilah corak permainannya.

Jika mengalami kekalahan demi kelahan pula sudah tentulah “rating” pasukan akan jatuh dan stesen tv tidak mahu mengambil live untuk pasukan kelantan, lebih parah lagi penonton tidak akan ke stadium dan seterusnya persatuan akan kekurangan pendapatan dan kesanya sudah tentulah sukar dijangka.

Bagi penaja pula, jika ini berlaku sudah pastilah merugikan tajaannya kerana penaja mahukan pasukan yang sentiasa mantap dan kuat untuk mencabar kedudukan teratas liga bagi mempastikan tajaan kepada pasukan di masa-masa yang akan datang tidak terjejas.

Jadi medium mana-mana pun yang diguna pakai oleh Datuk Vida, sebagai penaja saya rasa tiada salahnya dan silapnya, beliau bukan mendesak supaya K.Devan meletak jawatan tetapi posting di instagramnya yang memaparkan gambar bojan hodak adalah untuk menenangkan peminat-peminat yang mendesak beliau campur tangan dalam urusan jurulatih dan penyerang Dramane Traore yang hanya indah khabar dari rupa.

Datuk Vida dengan jelas menyatakan beliau tiada kuasa untuk campur tangan urusan tersebut, tetapi beliau sebagai penaja dan penaung mahukan pasukan yang sentiasa kuat dan berjaya, beliau akan menasihati perkara-perkara yang dirasakan perlu tidak kiralah di mana-mana medium sekali pun.

Oleh itu, tidak perlulah Mahizi Mahmood bimbang dan risau, saya juga peminat bola sepak Kelantan, saya rasa tiada salahnya jika seorang penaung ataupun penaja menggunakan media massa untuk membuat teguran, lebih-lebih lagi beliau juga sudah bercakap secara peribadi dengan K.Devan.

Jika Datuk Vida tidak berhak menggunakan media massa kenapa anda juga menggunakan media massa untuk menegur dan menyatakan pandangan?
Timbul persoalan disitu.

sekian…
Pakdo Nawi Koto Baru

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *