Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Dr Mahathir Yang Khianati Ku Li

Dr Mahathir Yang Khianati Ku Li

Oleh : Zabidi Hj Saidi
Bekas PM, Dr Mahathir Mohamad ditanya sama ada beliau rasa diri dikhianati oleh Tengku Razaleigh, Mahathir berkata ia bukan pertama kali yang dilakukan oleh anggota parlimen Gua Musang itu.

Menceritakan kembali, Mahathir berkata sebelum ini Tengku Razaleigh pernah mengkhianatinya selepas kalah dalam pemilihan parti dan menyaman Umno sehingga menyebabkan mahkamah mengisytiharkan parti Melayu itu tidak sah.

“Saya dikhianati oleh dia (Ku Li) banyak kali. Bila dia kalah dalam pemilihan, dia saman parti dan bawa ke mahkamah. Dan mahkamah isytiharkan parti tidak sah. Saya perlu menghabiskan masa saya untuk bangunkan semula parti.

“Tetapi dia tidak sertai (Umno), tetapi menubuhkan Semangat 46. Jadi, daripada seseorang seperti itu apa yang kita boleh harapkan?,” katanya.

Kenyataan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu dipercayai merujuk peristawa pada 1987 apabila Tengku Razaleigh tewas menentangnya bagi jawatan presiden Umno.

Ekoran kekalahan itu, Tengku Razaleigh kemudian menyaman Umno supaya mengisytiharkan pemilihan parti itu terbatal dan tidak sah.

Mahkamah Tinggi kemudian mengisytiharkan Umno sebagai sebuah pertubuhan tidak sah.

 

Kelakar juga baca kenyataan Dr Mahathir ini.

 

Siapa yang khianati siapa? Beliau nampak Ku Li yang mengkhianatinya kerana tidak bersama dengan beliau dalam rancangan menggulingkan Najib Razak sebaliknya Ku Li turut menandatangani Deklarasi Kelantan menyokong Najib.

 

Dr Mahathir takkan sudah lupa bahawa  beliau yang mengkhianati Ku Li. Hussein Onn panggil Dr Mahathir dan Ku Li sebelum beliau bersara dari politik dan bertanya dengan Dr Mahathir adakah beliau boleh bekerjasama dengan Ku Li?

 

Dr Mahathir menjawab ya, sebaliknya beliau menaja Musa Hitam menentang Ku Li dalam pertandingan timbalan presiden Umno pada tahun 1981. Ku Li kalah dalam pertandingan itu kerana Dr Mahathir menyokong Musa.

 

jadi siapa yang khianati siapa? Ku Li yang khianati Dr mahathir atau Dr mahathir yang khianati Ku Li?  Dr mahathir mendakwa Ku Li tidak sertai Umno sebaliknya menubuhkan Semangat 46.

 

Sedangkan Dr Mahathir yang tidak membenarkan Ku Li dan Musa Hitam menyertai Umno (baru) yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir yang menyebabkan Ku Li terpaksa menyertai Semangat 46.

 

Ku Li menyokong Deklarasi Kelantan tidak bermakna beliau mengkhianati kumpulan Dr Mahathir sebaliknya cara Ku Li amat betul kerana Najib hanya boleh disingkirkan secara demokratik dan bukannya dengan cara Dr Mahathir yang bersekongkol dengan pembangkang.

Leave a Reply

Top