Kerajaan akan bertindak terhadap rakyat Malaysia yang dinamakan dalam apa yang dipanggil “Dokumen Panama” jika ada bukti jelas mengenai kesalahan yang dilakukan mereka, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata tindakan akan diambil jika terbukti mereka “melakukan “perkara-perkara” yang menyalahi undang-undang seperti mengelak cukai.

“Jika mereka mengelakkan cukai, (kita) perlu melakukan sesuatu,” katanya pada sidang media selepas melakukan upacara pecah tanah pembinaan hotel Double Tree oleh Hilton di i-City di sini hari ini.

Menurut laporan media, maklumat Dokumen Panama bocor melibatkan lebih 11.5 juta dokumen sulit yang dicipta oleh pembekal perkhidmatan korporat Panama Mossack Fonseca.

Dokumen itu mengandungi maklumat terperinci mengenai lebih 214,000 syarikat luar pesisir, nama-nama pemegang saham mereka dan juga pengarah termasuk pemimpin kerajaan, sekutu rapat dan saudara-mara mereka.

Mereka yang dinamakan dalam Dokumen Panama termasuk individu dari Malaysia, Brazil, China, Perancis, India, Pakistan, UK, Afrika Selatan, Sepanyol, Syria, Rusia, Mexico, Argentina dan Ukraine.

Mengenai dakwaan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan media asing untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan, Mohamed Nazri berkata beliau (Mahathir) tidak akan berjaya.

“Kita semua tahu bahawa ada banyak dokumentari yang dikeluarkan mengenai Malaysia semasa zaman (Mahathir) …

“Beliau tahu bahawa media asing tidak boleh berbuat apa-apa kepadanya, dan sekarang saya memberitahunya, media asing tidak boleh berbuat apa-apa kepada kami,” kata Mohamed Nazri ketika mengenai mengulas temu bual Dr Mahathir dalam program “Four Corners” terbitan Australian Broadcasting Corporation.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu yang pernah bertindak terhadap mereka yang mengadakan demonstrasi jalanan telah hadir dalam beberapa demonstrasi jalanan terhadap Najib.

“Nasihat saya kepada beliau ialah bersabar … 2018 akan datang, maka peluang kamu akan tiba. Kamu mahu menjatuhkan kami, tidak ada masalah. tetapi untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dengan cara tidak demokratik adalah “sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *