TAIPING, Seorang pekerja kilang berusia 21 tahun ditahan didakwa merogol ibu sendiri di rumah mereka di Kamunting dekat sini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, lelaki tersebut ditahan di tempat kerjanya tengah hari Khamis selepas polis menerima laporan daripada seorang suri rumah berusia 48 tahun pada sebelah pagi.

“Menurut mangsa, anak lelakinya melakukan perbuatan itu ke atasnya pada Rabu malam.

“Anak lelakinya akan direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 15 Mac,” katanya, sambil menambah bahawa wanita itu merupakan seorang janda yang mempunyai lima anak.

 Harrith Kam berkata, anak lelaki wanita itu didapati negatif dadah.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan bersalah, lelaki itu akan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *