Share on Facebook

KUALA LUMPUR, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pemegang kad PLUSMiles bersempena cuti perayaan Hari Krismas pada Isnin ini.

PLUS dalam satu kenyataan hari ini berkata pengguna kad Touch n Go pula berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus sepanjang hari pada 25 Dis ini.

“Rebat itu diberikan bagi perjalanan kenderaan Kelas 1 melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lubuh raya kendalian PLUS.

“Pada hari tersebut (25 Dis), orang ramai masih perlu membayar tol pada kadar biasa dan rebat tersebut hanya akan dimasukkan dalam kad PLUSMiles dan Touch n Go (dalam bentuk tambah nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat pelanggan PLUS bermula 15 Jan sehingga 14 April,” demikian menurut kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, rebat tersebut tidak meliputi transaksi tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *