Anda di sini!
Utama > Kolumnis > Disember Kian Hampir, Mangsa Bah Kuning Masih Berteduh Dibawah Khemah

Disember Kian Hampir, Mangsa Bah Kuning Masih Berteduh Dibawah Khemah

mh online

Oleh : Fansyuri

Tahun 2014 pastinya akan menjadi tahun yang paling diingati rakyat Malaysia, amnya Kelantan, akibat bencana Bah Kuning pada penghujung Disember.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), taburan hujan tertinggi yang direkodkan iaitu 1,295 mm selama tiga hari berturut-turut di Hulu Kelantan, Gua Musang ianya bersamaan dengan taburan hujan untuk 64 hari.

Menurut jabatan tersebut, banjir besar itu juga berpunca daripada kelompongan di beberapa kawasan tadahan hujan di negeri itu.

Jajahan yang paling teruk dilanda banjir ialah Kuala Krai yang melibatkan 1,927 buah rumah penduduk dihanyutkan arus. Kampung Karangan, Manjor, Manek Urai dan La’loh antara kampung yang teruk terjejas tahun lalu.

Kini disember datang lagi, apakah sudah siap janji-janji manis untuk siapkan rumah kepada mangsa sebelum hari raya eidulfitri yang lalu? Menteri Besar Kelantan nampaknya tidak mampu menunaikan janji-janji yang beliau sendiri ucapkan.

Dengan mangsa yang masih berteduh dibawah khemah sedang pemimpin PAS galak menganjurkan himpunan fastakim H60K di Kota Bharu 2 minggu yang lalu. Apakah tidak ada sedikit rasa kasihan dan belas ihsan para pemimpin Pas? Sampai bilakah kamu mahu berpolitik? inikah akhlak islam yang kononya menjadi asas perjuangan Pas selama ini?

Saya menyeru pengundi di perantauan mahupu  di Kelantan fikirlah untuk perubahan kepada yang lebih baik, Sampai bila  rakyat Kelantan harus ditipu hidup-hidup oleh pemimpin Pas?Jika dikira sejak hari pertama pas menang di Kelantan tahun 1990 hingga 2015 berapakah janji-janji Pas yang telah Pas tunaikan?

Setelah habis hasil balak dibolot kroni mereka, kini rakyat Kelantan yang terpaksa menanggung derita akibat dari kerakusan pemimpin Pas.

Leave a Reply

Top