Anda di sini!
Utama > Hiburan > DFKL Kini Memasuki Tahun Ke-4

DFKL Kini Memasuki Tahun Ke-4

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) kini sudah memasuki tahun ke-4 penganjuranya. DFKL merupakan platform bagi peserta yang ingin mengasah bakat sekali gus berpeluang menimba ilmu bersama panel berpengalaman.

Menerusi komponen sama seperti Pertandingan Sesi Kongsi, Pencarian Bakat Baharu, Pertandingan Drama Pendek, Bengkel DFKL dan Siri Jelajah DFKL, terdapat karya dan bakat baru dilahirkan.

Pada tahun ini, DFKL 2017 kembali dengan tema lebih dekat dengan kehidupan seharian kita iaitu Cerita Kita.

Rabu lalu, majlis tayangan telefilem DFKL 2017 telah berlangsung di MM Cineplexes, e@Curve memperkenalkan 13 telefilem yang akan disiarkan bersempena dengan DFKL.

Pemenang-pemenang Pencarian Bakat Baharu pada tahun lalu juga, turut hadir seperti Syazuwan Hassan DFKL, Amirul Faqeem DFKL, Nafiz Muaz DFKL, Jaja Iliyes DFKL, Shuhanty DFKL dan Indah Emeerlda DFKL. Selain itu, syarikat  penerbitan yang menerbitkan telefilem ini juga turut hadir.

Lebih menarik, telefilem itu merupakan hasil cetusan idea pemenan pertandingan sesi kongsi dan juga pertandingan drama pendek tahun lalu. Antara 13 telefilem tersebut, Trauma; yang membariskan pelakon popular tanah air seperti Raja Afiq DFKL, Janna Nick, Saharul Ridzwan, Zara Zya, Idris Khan dan Dayana Roza telah dipertontonkan kepada pihak media dan hadirin pada petang semalam.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Nordin, pada tahun ini pertandingan Sesi Kongsi menjadi fokus utama mereka selain Pencarian Bakat Baharu dan Pertandingan Drama Pendek.

“DFKL galak penyertaan orang ramai untuk berkongsi kisah hidup untuk dijadikan drama. Kami harap kisah kehidupan sebenar yang realistik dapat dijadikan teladan,” katanya.

Pertandingan Sesi Kongsi dan Pertandingan Drama Pendek 2016 mengumpul 12 idea terpilih seperti Trauma, Kung Fu Kaw, Si Kijang Merah, Sakit, Isteriku Cikguku, Takdir Yang Terhenti, Kerongsang, Awak Kat Mana?, Alamak!!!, Cik Misi, Tali Kasut dan Petanda.

Pada tahun ini, Pertandingan Sesi Kongsi DFKL 2017 telah pun bermula dan akan berakhir 15 Februari 2017. Peserta boleh layari www.dfkl.com.my untuk menyertai pertandingan dan sekiranya idea itu dipilih, idea itu akan dibentangkan kepada juri pada Sesi Jelajah DFKL yang akan datang. Orang ramai juga boleh terus hadir ke lokasi-lokasi tersebut untuk menyertai pertandingan ini.

Jangan ketinggalan sertai Bengkel DFKL 2017 yang akan diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 1 dan 2 April ini.

Selain itu, Pertandingan Drama Pendek juga diadakan dan orang ramai boleh menghantar penyertaan drama pendek hasil kreativiti mereka ke www.dfkl.com.my bermula 1 Disember 2016 sehingga 15 Februari 2017. Drama pendek berdurasi 3 sehingga 5 minit itu perlu mematuhi tema Saya Anak Malaysia dan pemenang bertuah bakal memenangi wang tunai RM18,000.

Uji bakat lakonan juga diadakan melalui Pencarian Bakat Baharu dan orang ramai boleh mula undi sembilan kategori dipertanding iaitu Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Antagonis Pilihan, Drama Pilihan, Pasangan Pilihan dan Drama Pilihan Tonton VIP.

Pemenang diumum pada Malam Anugerah DFKL 2017 yang akan bersiaran langsung dari Putrajaya Convention Centre (PICC) pada 9 April 2017 jam 9 malam.

Leave a Reply

Top