Ahli Parlimen Brazil pada isnin mencapai keputusan undian dua pertiga majoriti yang diperlukan untuk meluluskan prosiding pemecatan terhadap Presiden Dilma Rousseff.

Usul undian Dewan Rakyat ini akan dibawa ke Dewan Senat bagi membolehkan kes itu dibahaskan secara terbuka.

Undian dua per tiga majoriti Dewan Senat akan memutuskan Dilma Rousseff dipecat daripada jawatannya.

Sebelum ini, satu jawatankuasa kongres Brazil pada 11 April mengundi untuk mengadakan prosiding berhubung pemecatan Rousseff.

Jawatankuasa khas itu, yang mempunyai 65 anggota, mengundi 38-27 iaitu memihak kepada pemecatan tersebut.

Ianya sekali gus membuka jalan untuk undian penuh kesemua anggota dewan perwakilan bagi memutuskan perkara berkenaan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *