Parlimen Nepal memilih bekas perdana menteri tiga kali untuk menjawat jawatan tertinggi itu sekali lagi, pertukaran ke-10 dalam tempoh lebih satu dekad kepimpinan negara Himalaya tersebut.

Veteran politik Sher Bahadur Deuba menang tanpa bertanding dalam pilihan raya Parlimen bagi menggantikan pemimpin Mao, Pushpa Kamal Dahal yang meletak jawatan dua minggu lalu hanya selepas 10 bulan bergelar perdana menteri.

Dahal bersetuju untuk berundur bagi memberi peluang kepada Deuba sebaik sahaja pilihan raya yang telah lama ditunggu-tunggu diadakan di Nepal.

“Saya mengumumkan Sher Bahadur Deuba telah dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Nepal,” menurut Speaker Parlimen, Onsari Gharti Magar dalam satu siaran televisyen secara langsung, kelmarin.

Deuba pernah berkhidmat sebagai perdana menteri sebanyak tiga kali pada tahun 1995 hingga 1997, 2001 hingga 2002 dan 2004 hingga 2005.

Sejurus memegang jawatan tersebut, Deuba bertanggungjawab melengkapkan pilihan raya pada 28 Jun, pra syarat untuk mengadakan pemilihan menjelang akhir tahun ini.

Fasa pertama pilihan raya tempatan telah diadakan pertengahan bulan lalu. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *