Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Despacito Paling Banyak Tontonan

Despacito Paling Banyak Tontonan

‘Despacito’ mengenepikan semua klip video di Youtube dari segi jumlah tontonan, tetapi ia bukanlah klip video yang paling viral sepanjang tahun 2017.

Sebaliknya, klip video seorang lelaki Thailand menyanyi memakai kostum tiram menjadi klip video di YouTube yang paling viral bagi tahun ini.

Ia dirakamkan dalam satu pertandingan nyanyian di Thailand, diberi nama ‘The Mask Singer’ (ala The Voice) dengan peserta dikehendaki memakai topeng dan kostum pelik untuk diadili para juri tanpa melihat wajah mereka.

Bagi klip video paling viral itu, seorang lelaki telah menyanyikan lagu berjudul ‘Cinta kamu sehingga dunia berubah menjadi debu’ (terjemahan bahasa Thai).

Tidak hanya melihat kepada jumlah tontonan semata-mata, kedudukan klip paling trending di YouTube ditentukan berdasarkan gabungan jumlah tontonan, perkongsian, komen, ‘like’ dan kriteria lain.

Sebagai laman video terbesar di dunia, YouTube menilai klip video yang paling popular dan memikat hati penonton di dunia sepanjang tahun ini.

Konsep pertandingan ‘The Mask Singer’ berasal dari Korea tetapi telah merebak ke Thailand, Vietnam dan China.

Klip video pertandingan ini telah dilihat lebih dari 3 bilion kali pada 2017, sekali gus menjadikan klip video dari Thailand yang pertama kali menjadi video paling viral di YouTube.

Sementara itu, ‘Despacito’ menang dari segi jumlah tontonan dengan 4.46 bilion kali.

Oleh kerana video muzik sering menjadi klip paling banyak ditonton di YouTube setiap tahun, laman ini telah membuat memisahkan kategori ini dengan klip lain untuk tahun ini.

Turut termasuk dalam ranking paling trending adalah dua klip yang mempunyai kaitan dengan penyanyi dan penulis lagu Ed Sheeran, termasuk video koreografi tarian dan penampilannya di segmen Carpool Karaoke dalam ‘The Late Late Show’.

Video muzik rasmi Sheeran untuk ‘Shape of You’ juga menduduki tempat ke-2 dalam senarai muzik.

Berikut senarai klip video paling trending di YouTube Tahun 2017:

Until We Will Become Dust – Oyster Masked (ตราบธุลีดิน – หน้ากากหอยนางรม) | THE MASK SINGER 2

Ed Sheeran –  | Kyle Hanagami Choreography

Ping Pong Trick Shots 3 | Dude Perfect

Darci Lynne: 12-Year-Old Singing Ventriloquist Gets Golden Buzzer – America’s Got Talent 2017

Ed Sheeran Carpool Karaoke

Lady Gaga’s Full Pepsi Zero Sugar Super Bowl LI Halftime Show | NFL

“INAUGURATION DAY” — A Bad Lip Reading of Donald Trump’s Inauguration

History of the entire world, i guess

In a Heartbeat – Animated Short Film

Children interrupt BBC News interview – BBC News

Muzik Video Paling Trending

Luis Fonsi – Despacito ft. Daddy Yankee

Ed Sheeran – Shape of You [Official Video]

J Balvin, Willy William – Mi Gente (Official Video)

Maluma – Felices los 4 (Official Video)

Bruno Mars – That’s What I Like [Official Video]

Chris Jeday – Ahora Dice (Official Video) ft. J. Balvin, Ozuna, Arcángel

05. El Amante – Nicky Jam (Video Oficial) (Álbum Fénix)

Jason Derulo – Swalla (feat. Nicki Minaj & Ty Dolla $ign) (Official Music Video)

DJ Khaled – I’m the One ft. Justin Bieber, Quavo, Chance the Rapper, Lil Wayne

Enrique Iglesias – SUBEME LA RADIO (Official Video) ft. Descemer Bueno, Zion & Lennox

Leave a Reply

Top