Anda di sini!
Utama > Terkini > DEIG : TONY PUA DIDESAK JALANKAN TANGGUNG JAWAB SBG ANGGOTA PAC

DEIG : TONY PUA DIDESAK JALANKAN TANGGUNG JAWAB SBG ANGGOTA PAC

mh online

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini digesa menjalankan tanggungjawab sebagai anggota panel Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menyiasat penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Tony melakukan apa yang patut di peringkat kebangsaan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan seharusnya melakukan perkara sama dalam kes DEIG.

“Saya yakin beliau akan dapat melakukan perkara yang sama lebih-lebih lagi ini melibatkan dana RM30.3 bilion,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Reezal yang juga Timbalan Menteri Luar berkata siasatan itu penting bagi rakyat khususnya masyarakat Selangor memandangkan ia melibatkan khazanah dan wang negeri berkenaan.

“Saya harap mereka akan menunjukkan ketelusan dan kejujuran kerajaan negeri dalam menguruskan dana itu,” katanya.

Minggu lepas, beberapa anggota Dewan Undangan Negeri termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan MBI dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah perbadanan itu.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semasa menjelaskan perkara itu pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor, dilaporkan berkata DEIG, yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI, ditubuhkan Disember lepas untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.

Terdahulu, Reezal menghantar kumpulan pertama 277 jemaah haji dari Pulau Pinang berlepas ke Mekah di Hotel Tabung Haji di sini.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top