Anda di sini!
Utama > Hiburan > Datuk Seri Siti Mahu Jadi Ibu Yang Baik

Datuk Seri Siti Mahu Jadi Ibu Yang Baik

Seperti insan lain, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, turut berazam sempena kedatangan tahun baharu 2018.

Sebagai bakal ibu, Siti menanam keazaman dalam diri untuk menjadi ibu yang baik buat anak sulungnya yang bakal dilahirkan pada Mac depan.

“Alhamdulillah, Siti amat bersyukur apabila tahun baharu nanti bakal menyaksikan Siti bergelar seorang ibu. Sudah semestinya Siti mahu menjadi ibu yang baik untuk anak yang bakal lahir.

“Siti juga ingin memberikan limpahan kasih sayang dan cuba mendidiknya dengan sempurna,” dipetik sebagai berkata.

Selain memberikan tumpuan kepada bakal anak, penyanyi Segala Perasaan ini juga merancang untuk membuat ‘kepulangan semula’ ke arena seni suara selepas agak lama berehat.

“Siti juga mahu membuat ‘come back’. Nampaknya, Siti kenalah turunkan berat badan dulu selepas selamat melahirkan nanti. Di samping itu, Siti perlu kembali membuat latihan dengan sebaik mungkin bagi menjayakan konsert, yang dijadualkan pada hujung tahun depan.

“Seperti kerjaya seni, Siti turut membuat perancangan mengembangkan lagi jenama SimplySiti. Jadi, insya-Allah ada beberapa produk baharu yang akan dikeluarkan,” kata isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini.

“Pada tahun ini, perancangan untuk memiliki album baharu, SimetriSiti, dan sebagainya berjalan seperti diinginkan. Bagai rezeki anak yang dikandung ini, saya beroleh beberapa penghargaan termasuk kurniaan Datuk Seri.

“Semua itu membuatkan Siti jadi lebih kuat untuk berjuang. Kesimpulannya, perancangan kerjaya dan keluarga pada tahun ini memberi 1,001 rahmat cukup berharga,” katanya.

Leave a Reply

Top