Anda di sini!
Utama > Sukan > DATO SERI VIDA DAN TRW BERGABUNG

DATO SERI VIDA DAN TRW BERGABUNG

mh online

Selepas berjaya menaja dan menjadi sebahagian daripada kejayaan beberapa program hiburan, nama Datuk Seri Vida kini disaran untuk menjadi penyelamat bola sepak di negeri Kelantan.

Peminat bola sepak tempatan umumnya mengetahui tentang kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada musim 2015, terutama sekali berhubung isu perbelanjaan pasukan yang didakwa tidak diurus dengan baik.

Namun pada lewat tengah malam tadi usahawan kosmetik dari kelantan itu memuat naik beberapa gambar dan video dilaman instagram yang memaparkan beliau sedang meeting di sebuah restoran bersama Presiden Kafa dan beberapa orang lagi dengan Captions,

‘salam sayang semua meeting..meeting..tengoklah apa yang terbaik saya boleh contribute…TRW Kelantan apa yang pasti kena ada Pamoga Qu Puteh’

Reaksi segera peminat Bola Sepak Kelantan di Facebook rata-rata mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Dato Seri Vida andai benar syarikatnya menaja Pasukan mereka,
tidak kurang juga yang mendoakan agar Dato Seri Vida dimurahkan rezeki.

Sebagai pencinta Bola Sepak kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Pasukan Kelantan  dan Dato Seri Vida,semoga Kelantan bangkit dari mimpi ngeri 2015 untuk musim hadapan.

Leave a Reply

Top