Anda di sini!
Utama > Terkini > DATO HATTAN MINAT DENGAN SITI NORDIANA

DATO HATTAN MINAT DENGAN SITI NORDIANA

mh online

image

Penyanyi Datuk Hattan menyatakan minatnya terhadap pemenang program Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana.

Hattan berminat untuk menawarkan Siti Nordiana menjayakan watak utama dalam filem terbaru yang berjudul Gadis Jolobu.
Filem tersebut merupakan hasil kerjasama antara pihak Hattan dengan Q-Plex Communication.

“Melihatkan keadaan industri filem yang semakin pulih, perancangan untuk menghasilkan filem Gadis Jolobu bakal diteruskan pada tahun ini.

“Memandangkan filem ini inspirasinya adalah menerusi lagu Gadis Jolobu, saya mahu pelakonnya nanti boleh bertutur dengan bagus dalam dialek Negeri Sembilan.

“Saya ada bayangkan Siti Nordiana membintangi filem ini. Tetapi perkara ini belum dibincangkan secara lebih lanjut lagi,” katanya.

Tambah Hattan, Siti Nordiana memenuhi ciri-ciri pendukung watak utama filem Gadis Jolobu.

“Watak dalam filem tersebut memerlukan pelakon wanita bertudung dan boleh bercakap dialek tempatan.

“Siti Nordiana sememangnya mempunyai ciri-ciri yang dicari, jadi saya berminat untuk menngambilnya. Tidak sukar baginya untuk bertutur dalam dialek Negeri Sembilan nanti,” katanya yang ditemui usai program #JuaraParodi.

Mengulas mengenai kemenangan kumpulan Juri di minggu kesembilan #JuaraParodi, Hattan tidak menjangkakan yang dia dan Ajak Shiro dapat meraih markah tertinggi, menewaskan sembilan kumpulan yang lain.

“Saya tak sangka kemenangan berpihak kepada kami. Saya rasakan intipati lirik yang kami persembahkan minggu ini membuatkan kami terpilih untuk bergelar juara,” kata Hattan lagi.

Astro Gempak

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top