Pakatan pembangkang yang diketuai DAP hanya pandai menabur janji palsu dalam meraih sokongan pengundi terutama apabila menjelang musim pilihan raya, kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tindakan pakatan itu ibarat cakap tidak serupa bikin apabila menaburkan janji-janji manis kepada rakyat, namun gagal melaksanakannya apabila diberi peluang untuk memerintah.

“Rakyat sekarang sudah sedar. Lihatlah di Pulau Pinang jalan raya atau terowong yang tidak dibina pun dibayar RM200 juta, inilah contoh cakap tidak serupa bikin,? katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem Latihan Membaca dan Menulis Esei peringkat Sekolah Menengah di A’ Famosa Resort di sini pada rabu.

Program yang menghimpunkan sejumlah 230 guru bahasa Cina dari sekolah menengah kebangsaan di Melaka dan Johor bertujuan memantapkan penguasaan terhadap bahasa berkenaan selain memberi pendedahan kepada para peserta meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Wee berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lepas yang meminta pengundi Cina di negara ini agar berhenti daripada terus menjadi mangsa penipuan DAP yang gagal menunaikan janji kepada rakyat.

Beliau berkata pembangkang diketuai DAP cuba mempersalahkan kerajaan pusat di mata rakyat apabila terpaksa menaikkan sesuatu kadar sebagai contoh tarif air atau elektrik, namun apabila pembangkang melakukan perkara yang sama di negeri ditadbir mereka, ia dilihat dalam konteks yang berlainan.

“Setiap kali ada kenaikan tarif air atau elektrik, macam-macam tuduhan dilemparkan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) tetapi apabila mereka lakukan perkara yang sama di Pulau Pinang, alasan digunakan mereka adalah bagi mendidik rakyat supaya tidak membazir.

“Tindakan mereka ini tidak konsisten, bila kerajaan buat mereka kutuk, bila mereka buat, alasan lain diberikan,” katanya.

Sementara itu, Wee berkata masyarakat Cina kini dilihat semakin memberi sokongan kepada BN berdasarkan pada sambutan yang diterima setiap kali ceramah, malah berdasarkan maklum balas yang dilaksanakan MCA, mendapati berlaku pertambangan sokongan dalam kalangan pengundi Cina terhadap BN.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *