Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Dakwaan Itu Tidak Benar – Haleeda

Dakwaan Itu Tidak Benar – Haleeda

mh online

Oleh : Fansyuri

Naib Juara Gegar Vaganza musim yang pertama Haleeda Mazlin, bukanlah seorang artis yang suka dengan kontroversi,kerana sejak saya kenali beliau melalui lakonan di tv jarang kalau kita perhatikan beliau terlibat dengan sebarang kontroversi.

image

Bagaimana pun,selepas Konsert Gegar Vaganza Istana Budaya bulan lalu tiba-tiba timbul dakwaan yang mengaitkan beliau dengan seorang designer yang kononya profesional di sebuah akhbar tabloid beberapa hari yang lalu.

Saya menghubungi Haleeda melalui Pembantu Peribadinya untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan dakwaan yang ditimbulkan oleh seorang wartawan senior akhbar tabloid harian.

Haleeda ketika dihubungi menyatakan rasa terkejutnya dengan dakwaan tersebut dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu,”ia adalah fitnah semata-mata”.katanya membuka cerita.

“Secara peribadi saya tidaklah kenal sangat wartawan yang kononya senior ini,tapi mungkin pernah berurusan sebelum ini,saya kecewa dengan cara penulisan beliau jika dia seorang yang dikatakan wartawan senior sepatutnya beliau mendapatkan cerita dari kedua-dua belah pihak dan bukan mendengar sebelah pihak semata-mata”.

Ketika ditanya berkenaan designer itu beliau menjelaskan,sebenarnya designer itu di kenalkan kepada beliau melalui seorang “makeup” artis.

“Mungkin ini cara seorang designer yang baru nak naik,dengan mereka cerita dan kontroversi untuk dikenali,saya bukan artis baru yang boleh di buat sesuka hati”.

“Ceritanya bermula di sidang media memperkenalkan artis-artis yang bakal membuat persembahan di Pentas Mega Gegar Vaganza Istana Budaya Pada 7 januari, designer tersebut datang dan berdiskusi lebih lanjut untuk menaja dua pasang baju kepada saya untuk persembahan pada 15-17 Januari”.

“Saya menyatakan persetujuan kepada beliau dan menghargai sekiranya beliau ingin menaja pakaian saya untuk persembahan itu nanti,malah saya berjanji akan memakai pada konsert pembukaan dan penutup nanti,jadi saya serahkan kepada beliau untuk siapkan mengikut apa yang dipersetujui”.

“Bagaimanapun beliau gagal menyiapkannya untuk “full dress rehearsel”, seperti yang dijanjikan pada pada 14 januari. Saya, sewaktu Gegar Vaganza Musim pertama dulu tidak pernah gagal untuk “full dress rehearsel” jadi bila berlaku begini, agak kelam kabut juga, bila pihak production tanya,saya jawab dengan berlapik tak kan la nak cakap baju tak siapkan?”.

“Dahlah taksiapkan baju seperti yang dia janjikan tidak maklumkan pula jika baju tak siap dan lansung dia tak minta maaf, memang dia tak rasa bersalah lansung, yang kita ni dah dekat nak buat “makeup chek” dan lain-lain sebab ini bukan rancangan tv biasa”tambahnya lagi.

“Jadi untuk malam terakhir saya siapkan baju backup dari designer lain takut berlaku lagi seperti malam pertama dan seperti diduga memang berlaku,dia taksiapkan juga baju malam terakhir dan untuk “makeup chek” terpaksa pakai baju sendiri,bukan la marah kerana pakai baju sendiri tetapi soalnya dia yang berjanji”.

“Dahlah taksiapkan baju dan minta pula dua tiket dengan PA saya untuk malam terakhir tu, dia tak rasa bersalah lansung ke?”.Soalnya lagi

“Waktu nak balik tu saya terjumpa la si designer ni dekat khemah production dan dah siap minta maaf kerana tak dapat pakai baju yang dia buat sebab dah terlewat dan dia maklumkan kepada saya “its ok” jadi saya ingatkan perkara ni selesai lah, tak sangka pula jadi sampai macam ni”. Katanya ketika ditemubual secara eksklusif oleh malaysia habit malam tadi.

Komentar:

Saya sebagai penulis juga kecewa jika inilah sikap wartawan senior dan designer baru nak “up” ni jaja cerita yang kononya Haleeda dan PA beliau tidak berterima kasih atas tajaan baju seorang designer yang cakap berbelit-belit.

Penulis senior akhbar tabloid tu pula mungkin ada masalah hati dan mental,Haleeda yang saya kenali bukan lah seperti yang didakwa, beliau seorang yang rendah diri dan mesra dengan media, jika peminat nak bergambar, walaupun dah lewat pagi beliau tetap melayan karenah peminat-peminatnya.

Cara penulisan wartawan itu, selama ini pun memang bongkak, seolah-olah beliau saja yang betul dan besar dalam industri hiburan ni, saya bukanlah wartawan hiburan tetapi tengok kepada cara, beliau ini memang seorang yang bongkak dan ego, sehingga cerita yang halftruth dikatakan benar dan jika nak perbetulkan tulisanya orang yang dia kecam itu kena datang berjumpa dengan dia pula….

saya ada satu soalan untuk wartawan senior tu…

WHO ARE U???

Leave a Reply

Top