Anda di sini!
Utama > Terkini > Dakwaan Akan Jejaskan Umno Pada Pilihanraya Umum – Saleh Keruak

Dakwaan Akan Jejaskan Umno Pada Pilihanraya Umum – Saleh Keruak

mh online

Percubaan untuk menjatuhkan presiden UMNO menerusi dakwaan yang sengaja direka-reka akan menjejaskan keseluruhan parti selain mengakibatkan UMNO berdepan risiko kalah dalam pilihan raya umum, kata seorang pemimpin UMNO Sabah hari ini.

Ketua UMNO bahagian Kota Belud yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini sudah tentu tidak selari dengan tradisi parti.

“Jika kita ingin bercakap tentang mengekalkan tradisi parti dan tidak menjauhkan diri daripada tradisi parti, maka kita perlu melihatnya secara keseluruhan dan tidak mengambilnya sedikit demi sedikit mengikut apa yang sesuai dengan kita,” katanya dalam blog http://sskeruak.blogspot.my/#!/tcmbck hari ini.

Salleh berkata satu daripada tradisi parti yang dilanggari adalah mendakwa presiden mencuri RM42 bilion sedangkan ia bukanlah begitu.

Sementara itu, beliau berkata perasmian persidangan tiga sayap pada Perhimpunan Agung UMNO oleh timbalan presiden parti merupakan satu tradisi dan hanyalah keistimewaan yang diberi kepada beliau.

“Ia bukan satu hak. Dan ketika hak tidak boleh diambil daripada sesiapa, keistimewaan pula perlu diperoleh. Dan keistimewaan boleh hilang jika disalahgunakan. Itu sebenar caranya,” katanya.

Majlis Tertinggi UMNO dalam mesyuaratnya Selasa lepas memutuskan bahawa persidangan tiga sayap UMNO – Wanita, Pemuda dan Puteri – akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing susulan cadangan daripada sayap terbabit.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top