Pegawai kastam di Lapangan Terbang Labuan (LTL) telah menahan seorang warga India yang dipercayai cuba menyeludup dadah ketika cuba menaiki sebuah penerbangan ke Kuala Lumpur, Khamis.

Lelaki berkenaan, yang dijadual menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11 pagi, ditahan selepas seorang polis bantuan mengesan imej meragukan dalam bagasi tangan lelaki itu di kaunter mesin pengimbas bagasi.

“Anggota polis itu kemudian memaklumkan perkara itu kepada pegawai kastam di situ dan hasil pemeriksaan, mereka menemui sebuah beg kecil di dalam bagasi itu yang mengandungi serbuk putih,” kata Pengurus LTL, Ahmad Fikri Samsudin kepada media di sini, Jumaat.

Katanya, kes itu dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) Labuan.

Jabatan itu, ketika dihubungi, berkata serbuk putih itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dan enggan mengulas lanjut.

Media difahamkan lelaki itu ditahan reman untuk membantu siasatan.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *