Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > CUBA DULU BARU KOMEN

CUBA DULU BARU KOMEN

mh online

“Belum cuba belum tahu.”

Demikian tegas Datuk Seri Dr Hasmiza Othman kepada netizen yang meragui kemampuan jersi pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) yang didakwa berupaya menguruskan badan seseorang.

image

Malah Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida tetap mempertahankan kelebihan jersi tersebut.

Jersi tersebut yang dihasilkan menggunakan jalinan benang khas didakwa mampu menguruskan badan dan memutihkan kulit pemakainya.

“Saya terima pelbagai reaksi yang diviralkan mengatakan saya menipu tentang kelebihan jersi ini.

“Namun sebenarnya saya memang mahukan fungsi begitu sebenarnya. Saya sudah lama membuat rekaan jalinan benang ini tetapi akhirnya dapat diaplikasikan pada jersi PQPTRW,” katanya.

image

Bagaimanapun, beliau enggan cepat melatah dan menggesa pengguna supaya mencuba sendiri jersi tersebut untuk melihat kesannya.

“Jangan terlalu cepat buat penilaian, anda boleh cuba pakai sendiri, selepas itu tengok kesannya,” kata usahawan kelahiran Machang itu.

Kelebihan yang terdapat pada jersi tersebut selain dilengkapi teknologi anti bakteria dan pelindung UV turut dijadikan sebagai bahan jenaka di kalangan netizen.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang tertarik dengan ciri unik jersi tersebut dan meluahkan keinginan untuk mendapatkan jersi tersebut.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) secara rasmi memperkenalkan lima rekaan jersi termasuk untuk penjaga gol dengan tiga edisi iaitu ‘Supra Player’, Millenia dan Mantera pada petang Khamis.

Jersi berkualiti tinggi iaitu edisi ‘Supra Player’ dijual pada harga RM168 sehelai, Millenia berharga RM98 manakala Mantera pula pada serendah RM68.

Harga ketiga-tiga edisi jersi tersebut hanya dibezakan dengan kualiti fabrik tetapi masih dilengkapi teknologi anti bakteria dan pelindung UV

Leave a Reply

Top