Anda di sini!
Utama > Nasional > Cuaca Panas: Kelapa Muda Jadi Rebutan

Cuaca Panas: Kelapa Muda Jadi Rebutan

KUALA NERUS, Permintaan terhadap air kelapa muda meningkat dengan ketara di sini terutama apabila dihebahkan meminum air kelapa muda dapat menyejukkan panas badan terutama ketika musim panas sekarang.

Rata-rata peniaga yang ditemui berkata jualan buah kelapa mereka kini meningkat sekali ganda.

Zaharah Yahya berkata sebelum ini beliau hanya menjual kira-kira 100 biji sehari, namun sejak sebulan lalu ia meningkat kepada 200 biji sehari.

“Jualan sangat laris, ia meningkat satu kali ganda daripada sebelum ini dan adakala tidak cukup untuk menampung permintaan pelanggan yang semakin bertambah.

“Biasanya bekalan kelapa diperoleh dari kampung berdekatan, namun pernah juga bekalan kelapa terputus dan kami terpaksa pergi ke Kelantan untuk menampung permintaan pelanggan kami,” katanya kepada Bernama.

Zaharah yang berniaga air kelapa di Kampung Padang Air, kelapa biji lebih menjadi pilihan berbanding air kelapa yang telah siap dibungkus.

Jelasnya biarpun permintaan dan jualan semakin meningkat beliau masih mengekalkan harga RM4 sebiji seperti sebelum ini.

Seorang lagi peniaga kelapa muda Saiful Ridzuan Mat Sani berkata jualannya meningkat sehingga 100 biji sehari berbanding hanya 40 biji sebelumnya.

“Selain air yang dapat menyejukkan badan, pelanggan juga gemar menikmati isi kelapa muda yang lembut,” tambahnya.

 

Leave a Reply

Top