Cuaca buruk yang melanda Terengganu dan Perlis serta sebahagian Pahang, Johor, Kedah serta Perak ketika ini dijangka akan berlarutan sehingga Rabu depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat berterusan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan serta keseluruhan Terengganu.

Amaran cuaca buruk peringkat waspada turut dikeluarkan oleh MetMalaysia membabitkan kawasan Lojing, Kelantan; daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh dan Maran, Pahang; Mersing dan Kota Tinggi, Johor serta seluruh Perlis.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Sik dan Baling, Kedah dan daerah Hulu Perak, Perak.

Amaran cuaca buruk terbaru itu dikeluarkan MetMalaysia melalui laman Facebook rasminya pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *