Anda di sini!
Utama > Sukan > Conte Bakal Lengkapkan Kontrak Dengan Chelsea

Conte Bakal Lengkapkan Kontrak Dengan Chelsea

Bakal Ketua Jurulatih Chelsea, Antonio Conte tiba di London untuk melengkapkan kontraknya sebelum menyertai kelab itu selepas aksi Euro 2016.

Jurulatih skuad Itali itu akan mengambil alih tugas Guus Hiddink selepas dia bersetuju untuk ke Stamford Bridge ketika bertemu wakil Chelsea pada Februari lalu.

Bagaimanapun, jurulatih berusia 46 tahun itu dilapor ingin menyemak setiap terma kontrak berkenaan sebelum memberi pertujuan rasmi.

Chelsea sebelum ini runsing untuk mendapatkan jurulatih bagi jangka masa panjang selepas memecat Jose Mourinho pada Disember lalu.

Namun hasil usaha orang kepercayaan Roman Abramovich iaitu  Michael Emenalo, Marina Granovskaia dan Eugene Tenenbaum, kelab berkenaan menemui jalan penyelesaian.

Conte sifatkan sebagai pintu untuk mengeluarkan Chelsea daripada masalahnya selepas timbul masalah disiplin di kalangan beberapa pemain bertaraf bintang.

Leave a Reply

Top