Anda di sini!
Utama > Ekonomi > CIDB Gesa PKS Rebut Peluang Perniagaan Berasaskan IBS

CIDB Gesa PKS Rebut Peluang Perniagaan Berasaskan IBS

mh online

KUALA LUMPUR, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggesa lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menceburi perniagaan berasaskan Sistem Binaan Berindustri (IBS), sekaligus membantu meningkatkan jumlah rumah mampu milik di dalam negara.

IBS merupakan satu teknik pembinaan di mana komponen dikilangkan dalam persekitaran yang terkawal, sama ada di dalam atau di luar tapak, yang diletakkan dan dipasang untuk kerja-kerja pembinaan.

Pengurus Besar Kanan CIDB, Datuk Ir. Elias Ismail berkata dengan melibatkan lebih banyak PKS dalam proses pembuatan komponen IBS, ia akan melonjakkan industri IBS negara pada masa akan datang.

“Selain mampu menjadikan industri IBS lebih kompetitif, penawaran komponen IBS yang lebih banyak dari PKS akan mendorong lebih ramai kontraktor mengadaptasikan penggunaan IBS di dalam projek perumahan mereka,” katanya kepada pemberita selepas taklimat media berkaitan IBS dan Program Transformasi Industri Pembinaan di sini, hari ini.

Leave a Reply

Top