Rakan lama Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye yang didakwa berhubung skandal rasuah menegaskan dia tidak bersalah sebaliknya dipaksa mengaku selepas dipanggil untuk disoal siasat secara paksa.

Choi Soon-sil telah dibawa masuk ke penjabat pendakwa khas menggunakan waran tangkap selepas dia enggan menjawab beberapa soalan untuk soal siasat.

“Saya dipaksa mengaku melakukan jenayah bersama presiden. Saya tidak sepatutnya dilayan seperti ini,” katanya ketika membuat bantahan di pejabat pendakwa sebelum diiringi pegawai pemulihan ke dalam lif.

Aksi dramatik itu berlaku selepas ketua hakim Mahkamah Perlembagaan menggesa panel hakim untuk mengakhiri perbicaraan pemecatan Geun-hye pada 13 Mac depan apabila persaraan salah seorang hakim lain dikhuatiri menjejaskan keputusan pemecatan pemimpin wanita berkenaan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *